Thursday, January 19, 2012

Bidin

Bidin kucar kacir bersiap..rambutnya yang biasa di sikat stail belah tengah di beri nafas baru, stail pacak macam David Beckham masa main dengan Manchester United.Sebagai budak sekolah, fesyen rambut Bidin terhad.Bidin masih ingat kali pertama dia membuat fesyen rambut pacak, dia di panggil oleh Cikgu Mat Ali screambler time assembly.Di pentas assembly tu juga Cikgu Mat Ali tukar fesyen rambut Bidin dari David Beckham ke Ronaldo.Sejak dari peristiwa itu, Bidin serik untuk memandai-mandai mengubah fesyen rambut di sekolah.Kesudahannya, Bidin ambil langkah selamat dengan stail rambut belah tengah.Walaupun di label budak skema, budak belia 4B oleh gangster sekolah, Bidin tak ambil pot, dia benar-benar serik dengan peristiwa tersebut.Ekoran kejadian tersebut, sebulan juga Bidin pakai kopiah buat cover rambut Ronaldonya.

Bershirt Polo dengan kolar ditegakkan, berseluar jeans Levi's sumbangan pasar malam dan kepala tali pinggang berkilat Bidin memerhatikan setiap inci penampilannya.Berpuas hati dengan penampilannya, Bidin tersenyum sendirian dihadapan cermin.

'Malam ni, kalau tak sangkut jugak, tak tahulah' bisik hati kecilnya.Hidungnya kembang kempis menghidu bau wangi perfume yang hampir suku botol di semburnya.

Bidin merancang satu modus operandi yang agak mega malam itu..Niatnya mahu mencari makwe di pasar malam.Seperti kebiasaan, pasar malam merupakan waktu puncak dan juga ideal bagi Bidin untuk menekel makwe..Makwe kategori up to date, kategori manis-manis buah dan kategori awek asrama memang tak melepaskan peluang untuk ke pasar malam.Bidin juga bagaikan kucing miang mengambil kesempatan yang terbentang di depan mata.Dah la pasar malam seminggu sekali.Terlepas malam ni, alamatnya minggu depan la Bidin berpeluang mencari jodoh.Itu pun kalau adiknya Zila tak buat hal nak mengekornya.Bila Bidin membantah, Zila akan mengadu kepada ibunya, akibatnya dengan Bidin-Bidin sekali tak dapat lesen ke pasar malam.

Bidin berjalan terjengket-jengket melalui ruang tamu seterusnya ke ruang dapur.

'Keluar ikut pintu belakang lebih selamat' getus hati kecilnya.

***

Kelihatan di satu sudut, kumpulan gangster sekolah yang champion menyakitkan hati Bidin sedang melepak tak tentu hala.Pantang bertemu, ada-ada saja kerenah mereka untuk mengenakan Bidin.Bidin mengambil langkah play safe dengan melencong ke laluan yang sesak dengan harapan tidak berlaku penampakan oleh gangster-gangster terbabit.Sambil melangkah kepalanya masih terhiling-hiling ke belakang mengintai jika bahaya masih ada.Silap perkiraan, modus operandinya mungkin gagal.Setelah kucar-kacir menjauh kira-kira 10 meter dari kumpulan tersebut, Bidin menghela nafas lega.

'Cilakak betul, ada-ada je halangan gua nak tackle makwe' bentak Bidin sambil kakinya menyepak batu-batu kecil.

Tiba-tiba mata Bidin menyinar, pucuk dicita ulam mendatang.

'Ini sudah bagus' perasaan kurang tenteramnya tiba-tiba bertukar melodi menjadi ceria.

Lebih kurang beberapa meter darinya, makwe-makwe sedap mata memandang sedang berjalan bertentangan dengannya.Matanya menyorok ganas.Salah seorang dari awek tersebut merupakan Sofea, makwe idamannya sejak form 4.Bukan Bidin seorang yang menyimpan hati terhadap Sofea, boleh di katakan satu tingkatan menyimpan hasrat untuk memiliki Sofea.Kelembutan dah keayuan wajah asli Sofea benar-benar mengugat hati Bidin.Bukan Sofea tidak tahu Bidin ada hati terhadapnya, cuma Sofea buat-buat jual mahal, maklum sajalah, saham tengah naik.

'Hah, jodoh gua dah sampai, gua mesti bertindak cepat' Bidin membetulkan rambut pacaknya yang penyek setelah bersesak di laluan orang ramai tadi.

Bidin apply jalan teratur.Langkahnya disusun satu persatu.Sesekali di kerling kearah kumpulan Sofea dan rakan-rakannya.Cair juga hati jantannya bila terpandang Sofea menguntum senyum bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.Bidin berjalan dengan dada dibuka supaya kelihatan bidang.Beberapa langkah lagi untuk bersaing dengan Sofea, tiba-tiba Bidin tersilap perkiraan.Kakinya terasa tak mencecah tanah, angin terasa laju di birai telinganya.Batu sebesar kepala di sepaknya berterabur.Bidin tersungkur betul-betul di kaki Sofea.Dunia terasa berpusing, matanya tertutup rapat, hidungnya terasa berair, telinganya berdesing, hampir langsung tak dapat menangkap sebarang bunyi.Yang kedengaran cuma hilai tawa Sofea dan rakan-rakanya.

***

Di beranda asrama barunya..Bidin membuat post mortem terhadap kegagalannya malam itu.Memang tak silap, celaka punya batu.Sejak itu Bidin menyimpan dendam dan fobia terhadap semua jenis batu.

nota PBB: Antara karya PBB yang tidak sempat diPBBkan. Peh, power betul tulisan gua dulu.

Monday, March 28, 2011

Gempar! Gempakk!!!


Lu orang kenal ni sape??
Kenal tak..??

Tengok laa puas2 sape2 yang nak tengok puas2.. tu je antara gambar beliau yang paling sopan.


For kak Pam, thank you so much for cumming.

Please come again.

*lihat chatbox sebelah - 11 Feb 11, 01:26 AM~

Tuesday, December 14, 2010

Singgah

hai.
apa khabar semua?

.
.
.

eh, takde orang?
ok bye.

Monday, November 15, 2010

Masa Depan




Masih adakah masa depan untuk industri kesayangan ramai ni?

Thursday, June 3, 2010

Perasaan.

macam nak lempang semua ahli kehormat PBB.
terutama yang pangkat tinggi-tinggi tu.

Friday, March 5, 2010

Hajat

tahniah dengan kemunculan PBB versi blog..dengan kemunculan versi blog ini, PBB kini telah melebarkan sayapnya dengan jumlah ahli yang mencapai 100 ++ angka..satu peningkatan yang memberangsangkan dalam jangka masa tak sampai setahun penubuhannya..

walaupun usaha ini nampak sukar dan tak masuk akal, tapi gua harap ahli-ahli akan terus menunjukkan minat bagi menaikkan dan seterusnya memartabatkan scene PBB di persada blog-blog tempatan seterusnya di mata dunia..

jangan pung-pang-pung-pang, komplen situ sini, kerja tak jalan..

walaubagaimanapun, buat masa sekarang gua terpilih untuk in-charge mangsa-mangsa banjir di kawasan penempatan-penempatan rendah yang dinaiki air..gua mungkin akan membuat come back selesai in-charge mangsa-mangsa banjir..

akhir kata, grow up PBB!! prove some..

yang benar,
Naib Presiden Gila Kuasa







*petikan ucapan NPGK tiga pat bulan lalu dengan penambahan bold pada usul2 yang masih ada harapan dan merah pada stetmen2 yang memang masuk akal~

Thursday, February 18, 2010

Gimik Azwan Ali Kahwin

Lepas tu?



Three lah~










Jangan marah gua dulu~
Sila rewind balik komen kat shoutbox...

29 Dec 09, 09:19 AM
jo: bawak2 la update weh. buat lawak bodoh ke jadi entri..




Oh. Sesiapa yang datang untuk tajuk entry ini, sila pergi ke Oh!Bulan. (lawak bodoh pesen Macha)

Sekian.

Monday, February 8, 2010

Rumah Hantu.

AJK-AJK sekarang pesen mengelat kemain.
tetiap kali meeting nak demand ada mee goreng lah,pizza lah..meeting ke laut.
tsk.

bila nak meeting lagi woi?
itu hari kemain orang tua Blind dok pungpang macam-macam!

ni Editor mana??
Editor,sila lapor diri A.S.A.P!

Bendahuruhara,
cukup la sikit-sikit deting dengan makwe-makwe tu..
bawak-bawak le makwe tu pegi rombongan PBB sekali meh!

AJK Tugas-Tugas Khas,
sila pantau pergerakan AJK-AJK PBB ni..mengelat kemain!




Setiausaha nak buat surat rombongan pun tak boleh sebab takde meeting lagi dan persetujuan semua pihak.
haihz.


bergerak!

Friday, January 1, 2010

Pungpang.

sempena 2010 :


semoga Cik Pres kekal muda jelita supaya kerja rajin-rajin boleh kasik elaun lebih,

semoga NPGK memberi kenaikan elaun kepada majlis tertinggi demi menunjukkan kegilaan kuasa beliau dalam cubaan merampas takhta cik Pres,

semoga Bendahuruhara akan mahir mengira menggunakan sempoa,

semoga AJK Tugas-Tugas Khas timbul keinsafan untuk tolong-tolong lap meja mesyuarat,

semoga AJK Agama-Agama dapat memberikan tazkirah yang lebih memberangsangkan demi mengelakkan ahli PBB cuma datang mesyuarat demi nak makan karipap sahaja,

semoga AJK Keceriaan terasa nak membeli souvenir untuk ahli PBB tatkala berada di luar kawasan,

semoga AJK Pemulihan Akhlak makin rajin memantau akhlah ahli PBB yang dikhuatiri boleh membahayakan masyarakat,

semoga Editor PBB tidak berpura-pura jadi pensel atau tetikus semasa meng'edit' karya yang dihantar,

dan

semoga Setiausaha Sulit PBB tak payah buat kerja tapi dapat elaun banyak.




oh,
dan juga semoga semua ahli kehormat PBB berjaya mencapai impian masing-masing!
:)


Selamat Tahun Baru 2010 !

Thursday, December 3, 2009

Maafkan Ke-Gila-Kuasa-An Aku

Hohohoho~

Eksaited pula aku nak menulis juga walau aku segan nak tekan publish. Letak kat dalam draft pun ok lah.

Asek bercerita mengenai keghairahan PBB mahu mewujudkan PUNGPANG bertaraf dunia, kita janganlah melupakan sejarah (saya bukan fan Arsenal). Sejarah kalau dilihat dalam konteks PBB amat penting kerana PBB mempunyai satu sejarah hitam yang cilaka pahit untuk ditelan dan masam masam kelat untuk dikenang. Dan kerana 'sejarah' hitam inilah PBB dilihat sebagai suatu badan yang Useless, Gagal dan PungPang Sahaja.

Ya, para pengasas PBB tentu masih ingat lagi mengenai perkara itu.

Gathering PD 2009.

Mari kita lihat beberapa petikan kata kata pedas beberapa insan yang kecewa dengan insiden ini.

"Apa bende projek baru PBB? Gath PD? Pah ceroh Gath." Fawwaz Tahir, Dec 2009.

"seperti mencurah air di daun keladi.." Aidii Blind Zali, Dec 2009.

" saya sihat2 sahaja incik Abdul Paiseh. apa khabar ternakan anda di kampung halaman di sana? sihat belaka?" Hazirah Mahadzir, Nov 2009.

Kata kata azimat terakhir paling menusuk kalbu. Kerana apa? Kerana ini yang kita tidak mahu!! Kenapa kita tidak mahu?? Kerana kalau PBB bertukar menjadi Jejak Kasih, sila bubar nama PBB!



Perh. Dah macam Najib gua berucap.

Tak sangka penat rupanya berucap macam Najib ni.

Dahlah.


sekapur sirih dari NPGK

tahniah dengan kemunculan PBB versi blog..dengan kemunculan versi blog ini, PBB kini telah melebarkan sayapnya dengan jumlah ahli yang mencapai 100 ++ angka..satu peningkatan yang memberangsangkan dalam jangka masa tak sampai setahun penubuhannya..

walaupun usaha ini nampak sukar dan tak masuk akal, tapi gua harap ahli-ahli akan terus menunjukkan minat bagi menaikkan dan seterusnya memartabatkan scene PBB di persada blog-blog tempatan seterusnya di mata dunia..

jangan pung-pang-pung-pang, komplen situ sini, kerja tak jalan..

walaubagaimanapun, buat masa sekarang gua terpilih untuk in-charge mangsa-mangsa banjir di kawasan penempatan-penempatan rendah yang dinaiki air..gua mungkin akan membuat come back selesai in-charge mangsa-mangsa banjir..

akhir kata, grow up PBB!! prove some..

yang benar,
Naib Presiden Gila Kuasa

Wednesday, December 2, 2009

Sejarah Penubuhan PBB.

kepada adik-adik yang google untuk belajar Sejarah PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),maafkan kami..anda berada di tempat yang salah!

Perindustrian Blogger-Blogger Bersatu ini tertubuh hasil daripada gabungan beberapa nama ternama yang bergabung idea untuk menjayakan sebuah gathering.
Alang-alang mahu melaksanakan gathering tersebut,moleklah kiranya ditubuhkan satu badan perlindungan yang bulih melindungi ahli-ahlinya tanpa meminta bayaran perlindungan..kot.
Antara pengasas bagi PBB ini ialah Mr."Edi" Blind , Yanz si Budak Hijau dan Alif Mikail.

Sejajar dengan matlamat penubuhan,PBB ni memang pesen cakap pungpang kadang-kadang.
Rujuk saja lah kepada siapa Naib Pengerusi nya.
Legend of Pungpang.

tapi pungpangan beliau tu bukanlah pungpangan kosong.
dek kerana pengaruh beliau sebagai Legend of Pungpang,PBB hingga kini berjaya meraih ahli sedar dan lelap kira-kira seramai 133* orang.
satu angka yang cukup memberangsangkan bagi sebuah persatuan yang pungpang macam ni.

Setelah sedikit perbincangan dijalankan,kita mahu menjadikan PBB ini sebagai satu jenama yang disegani dan digeruni masyarakat seluruh dunia.
ya,ini mungkin pungpang..tapi awas!
barangkali ini bukanlah pungpangan kosong memandangkan beberapa langkah awal dan drastik telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
jadi,sama-samalah kita berganding bahu menjayakan misi ini.
kerjasama tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

eh

tak habis lagi.

ada beberapa projek yang sedang diusulkan sempena penjenamaan semula PBB.
diharapkan agar semua ahli PBB dapat memberi kerjasama yang sewajarnya demi mencapai misi* yang ditetapkan.
walaupun NPGK jarang-jarang nak nampak,dia masih ada bersama kita.

diharapkan agar PBB bukanlah sekadar perindustrian pungpangan yang akan dikeji dan dipandang serong masyarakat.

.
.
.


ok
dah
babai.

selamat pagi cikgu!

Assalamualaikum...

saya sebagai Miss President yang telah dilantik secara paksa rela oleh mereka-mereka yang berkenaan semenjak wujudnya persatuan ini beberapa ketika dulu walaupon blog saya sudah berkurun tidak di update merasmikan blog Perindustrian Blogger-Blogger Bersatu.Amin.

huahuahuahua..best tak ucapan gua?

ok-ok.dah.jangan nak main-main.kita ada mission penting kat sini.

oleh yang demikian,semoga apa yang kita rancangkan untuk menaikkan nama dan mengelurkan produk sendiri atas nama PBB berjaya.ya,usaha tangga kejayaan walaupon semua dah guna lif sekarang.ADA AKU KISAH?hahaha.

ahli-ahli dan AJK-AJK yang juga telah dilantik secara rela mahupon paksaan.sila beri kerjasama.

sesiapa yang berkenaan.sila kemukakan projek pertama kita yang telah di rancangkan.

sekian.
Miss Pres.
Budak Hijau.
 

blogger templates | Make Money Online