Wednesday, December 2, 2009

Sejarah Penubuhan PBB.

kepada adik-adik yang google untuk belajar Sejarah PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),maafkan kami..anda berada di tempat yang salah!

Perindustrian Blogger-Blogger Bersatu ini tertubuh hasil daripada gabungan beberapa nama ternama yang bergabung idea untuk menjayakan sebuah gathering.
Alang-alang mahu melaksanakan gathering tersebut,moleklah kiranya ditubuhkan satu badan perlindungan yang bulih melindungi ahli-ahlinya tanpa meminta bayaran perlindungan..kot.
Antara pengasas bagi PBB ini ialah Mr."Edi" Blind , Yanz si Budak Hijau dan Alif Mikail.

Sejajar dengan matlamat penubuhan,PBB ni memang pesen cakap pungpang kadang-kadang.
Rujuk saja lah kepada siapa Naib Pengerusi nya.
Legend of Pungpang.

tapi pungpangan beliau tu bukanlah pungpangan kosong.
dek kerana pengaruh beliau sebagai Legend of Pungpang,PBB hingga kini berjaya meraih ahli sedar dan lelap kira-kira seramai 133* orang.
satu angka yang cukup memberangsangkan bagi sebuah persatuan yang pungpang macam ni.

Setelah sedikit perbincangan dijalankan,kita mahu menjadikan PBB ini sebagai satu jenama yang disegani dan digeruni masyarakat seluruh dunia.
ya,ini mungkin pungpang..tapi awas!
barangkali ini bukanlah pungpangan kosong memandangkan beberapa langkah awal dan drastik telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
jadi,sama-samalah kita berganding bahu menjayakan misi ini.
kerjasama tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

eh

tak habis lagi.

ada beberapa projek yang sedang diusulkan sempena penjenamaan semula PBB.
diharapkan agar semua ahli PBB dapat memberi kerjasama yang sewajarnya demi mencapai misi* yang ditetapkan.
walaupun NPGK jarang-jarang nak nampak,dia masih ada bersama kita.

diharapkan agar PBB bukanlah sekadar perindustrian pungpangan yang akan dikeji dan dipandang serong masyarakat.

.
.
.


ok
dah
babai.

2 comments:

BudAk hijAu said...

so cool..sape pos nie weh..cayalah!

hzrh said...

keh keh keh

 

blogger templates | Make Money Online