Thursday, January 19, 2012

Bidin

Bidin kucar kacir bersiap..rambutnya yang biasa di sikat stail belah tengah di beri nafas baru, stail pacak macam David Beckham masa main dengan Manchester United.Sebagai budak sekolah, fesyen rambut Bidin terhad.Bidin masih ingat kali pertama dia membuat fesyen rambut pacak, dia di panggil oleh Cikgu Mat Ali screambler time assembly.Di pentas assembly tu juga Cikgu Mat Ali tukar fesyen rambut Bidin dari David Beckham ke Ronaldo.Sejak dari peristiwa itu, Bidin serik untuk memandai-mandai mengubah fesyen rambut di sekolah.Kesudahannya, Bidin ambil langkah selamat dengan stail rambut belah tengah.Walaupun di label budak skema, budak belia 4B oleh gangster sekolah, Bidin tak ambil pot, dia benar-benar serik dengan peristiwa tersebut.Ekoran kejadian tersebut, sebulan juga Bidin pakai kopiah buat cover rambut Ronaldonya.

Bershirt Polo dengan kolar ditegakkan, berseluar jeans Levi's sumbangan pasar malam dan kepala tali pinggang berkilat Bidin memerhatikan setiap inci penampilannya.Berpuas hati dengan penampilannya, Bidin tersenyum sendirian dihadapan cermin.

'Malam ni, kalau tak sangkut jugak, tak tahulah' bisik hati kecilnya.Hidungnya kembang kempis menghidu bau wangi perfume yang hampir suku botol di semburnya.

Bidin merancang satu modus operandi yang agak mega malam itu..Niatnya mahu mencari makwe di pasar malam.Seperti kebiasaan, pasar malam merupakan waktu puncak dan juga ideal bagi Bidin untuk menekel makwe..Makwe kategori up to date, kategori manis-manis buah dan kategori awek asrama memang tak melepaskan peluang untuk ke pasar malam.Bidin juga bagaikan kucing miang mengambil kesempatan yang terbentang di depan mata.Dah la pasar malam seminggu sekali.Terlepas malam ni, alamatnya minggu depan la Bidin berpeluang mencari jodoh.Itu pun kalau adiknya Zila tak buat hal nak mengekornya.Bila Bidin membantah, Zila akan mengadu kepada ibunya, akibatnya dengan Bidin-Bidin sekali tak dapat lesen ke pasar malam.

Bidin berjalan terjengket-jengket melalui ruang tamu seterusnya ke ruang dapur.

'Keluar ikut pintu belakang lebih selamat' getus hati kecilnya.

***

Kelihatan di satu sudut, kumpulan gangster sekolah yang champion menyakitkan hati Bidin sedang melepak tak tentu hala.Pantang bertemu, ada-ada saja kerenah mereka untuk mengenakan Bidin.Bidin mengambil langkah play safe dengan melencong ke laluan yang sesak dengan harapan tidak berlaku penampakan oleh gangster-gangster terbabit.Sambil melangkah kepalanya masih terhiling-hiling ke belakang mengintai jika bahaya masih ada.Silap perkiraan, modus operandinya mungkin gagal.Setelah kucar-kacir menjauh kira-kira 10 meter dari kumpulan tersebut, Bidin menghela nafas lega.

'Cilakak betul, ada-ada je halangan gua nak tackle makwe' bentak Bidin sambil kakinya menyepak batu-batu kecil.

Tiba-tiba mata Bidin menyinar, pucuk dicita ulam mendatang.

'Ini sudah bagus' perasaan kurang tenteramnya tiba-tiba bertukar melodi menjadi ceria.

Lebih kurang beberapa meter darinya, makwe-makwe sedap mata memandang sedang berjalan bertentangan dengannya.Matanya menyorok ganas.Salah seorang dari awek tersebut merupakan Sofea, makwe idamannya sejak form 4.Bukan Bidin seorang yang menyimpan hati terhadap Sofea, boleh di katakan satu tingkatan menyimpan hasrat untuk memiliki Sofea.Kelembutan dah keayuan wajah asli Sofea benar-benar mengugat hati Bidin.Bukan Sofea tidak tahu Bidin ada hati terhadapnya, cuma Sofea buat-buat jual mahal, maklum sajalah, saham tengah naik.

'Hah, jodoh gua dah sampai, gua mesti bertindak cepat' Bidin membetulkan rambut pacaknya yang penyek setelah bersesak di laluan orang ramai tadi.

Bidin apply jalan teratur.Langkahnya disusun satu persatu.Sesekali di kerling kearah kumpulan Sofea dan rakan-rakannya.Cair juga hati jantannya bila terpandang Sofea menguntum senyum bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.Bidin berjalan dengan dada dibuka supaya kelihatan bidang.Beberapa langkah lagi untuk bersaing dengan Sofea, tiba-tiba Bidin tersilap perkiraan.Kakinya terasa tak mencecah tanah, angin terasa laju di birai telinganya.Batu sebesar kepala di sepaknya berterabur.Bidin tersungkur betul-betul di kaki Sofea.Dunia terasa berpusing, matanya tertutup rapat, hidungnya terasa berair, telinganya berdesing, hampir langsung tak dapat menangkap sebarang bunyi.Yang kedengaran cuma hilai tawa Sofea dan rakan-rakanya.

***

Di beranda asrama barunya..Bidin membuat post mortem terhadap kegagalannya malam itu.Memang tak silap, celaka punya batu.Sejak itu Bidin menyimpan dendam dan fobia terhadap semua jenis batu.

nota PBB: Antara karya PBB yang tidak sempat diPBBkan. Peh, power betul tulisan gua dulu.

Monday, March 28, 2011

Gempar! Gempakk!!!


Lu orang kenal ni sape??
Kenal tak..??

Tengok laa puas2 sape2 yang nak tengok puas2.. tu je antara gambar beliau yang paling sopan.


For kak Pam, thank you so much for cumming.

Please come again.

*lihat chatbox sebelah - 11 Feb 11, 01:26 AM~

Tuesday, December 14, 2010

Singgah

hai.
apa khabar semua?

.
.
.

eh, takde orang?
ok bye.

Monday, November 15, 2010

Masa Depan




Masih adakah masa depan untuk industri kesayangan ramai ni?

Thursday, June 3, 2010

Perasaan.

macam nak lempang semua ahli kehormat PBB.
terutama yang pangkat tinggi-tinggi tu.

 

blogger templates | Make Money Online