Thursday, December 3, 2009

Maafkan Ke-Gila-Kuasa-An Aku

Hohohoho~

Eksaited pula aku nak menulis juga walau aku segan nak tekan publish. Letak kat dalam draft pun ok lah.

Asek bercerita mengenai keghairahan PBB mahu mewujudkan PUNGPANG bertaraf dunia, kita janganlah melupakan sejarah (saya bukan fan Arsenal). Sejarah kalau dilihat dalam konteks PBB amat penting kerana PBB mempunyai satu sejarah hitam yang cilaka pahit untuk ditelan dan masam masam kelat untuk dikenang. Dan kerana 'sejarah' hitam inilah PBB dilihat sebagai suatu badan yang Useless, Gagal dan PungPang Sahaja.

Ya, para pengasas PBB tentu masih ingat lagi mengenai perkara itu.

Gathering PD 2009.

Mari kita lihat beberapa petikan kata kata pedas beberapa insan yang kecewa dengan insiden ini.

"Apa bende projek baru PBB? Gath PD? Pah ceroh Gath." Fawwaz Tahir, Dec 2009.

"seperti mencurah air di daun keladi.." Aidii Blind Zali, Dec 2009.

" saya sihat2 sahaja incik Abdul Paiseh. apa khabar ternakan anda di kampung halaman di sana? sihat belaka?" Hazirah Mahadzir, Nov 2009.

Kata kata azimat terakhir paling menusuk kalbu. Kerana apa? Kerana ini yang kita tidak mahu!! Kenapa kita tidak mahu?? Kerana kalau PBB bertukar menjadi Jejak Kasih, sila bubar nama PBB!



Perh. Dah macam Najib gua berucap.

Tak sangka penat rupanya berucap macam Najib ni.

Dahlah.


sekapur sirih dari NPGK

tahniah dengan kemunculan PBB versi blog..dengan kemunculan versi blog ini, PBB kini telah melebarkan sayapnya dengan jumlah ahli yang mencapai 100 ++ angka..satu peningkatan yang memberangsangkan dalam jangka masa tak sampai setahun penubuhannya..

walaupun usaha ini nampak sukar dan tak masuk akal, tapi gua harap ahli-ahli akan terus menunjukkan minat bagi menaikkan dan seterusnya memartabatkan scene PBB di persada blog-blog tempatan seterusnya di mata dunia..

jangan pung-pang-pung-pang, komplen situ sini, kerja tak jalan..

walaubagaimanapun, buat masa sekarang gua terpilih untuk in-charge mangsa-mangsa banjir di kawasan penempatan-penempatan rendah yang dinaiki air..gua mungkin akan membuat come back selesai in-charge mangsa-mangsa banjir..

akhir kata, grow up PBB!! prove some..

yang benar,
Naib Presiden Gila Kuasa

Wednesday, December 2, 2009

Sejarah Penubuhan PBB.

kepada adik-adik yang google untuk belajar Sejarah PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),maafkan kami..anda berada di tempat yang salah!

Perindustrian Blogger-Blogger Bersatu ini tertubuh hasil daripada gabungan beberapa nama ternama yang bergabung idea untuk menjayakan sebuah gathering.
Alang-alang mahu melaksanakan gathering tersebut,moleklah kiranya ditubuhkan satu badan perlindungan yang bulih melindungi ahli-ahlinya tanpa meminta bayaran perlindungan..kot.
Antara pengasas bagi PBB ini ialah Mr."Edi" Blind , Yanz si Budak Hijau dan Alif Mikail.

Sejajar dengan matlamat penubuhan,PBB ni memang pesen cakap pungpang kadang-kadang.
Rujuk saja lah kepada siapa Naib Pengerusi nya.
Legend of Pungpang.

tapi pungpangan beliau tu bukanlah pungpangan kosong.
dek kerana pengaruh beliau sebagai Legend of Pungpang,PBB hingga kini berjaya meraih ahli sedar dan lelap kira-kira seramai 133* orang.
satu angka yang cukup memberangsangkan bagi sebuah persatuan yang pungpang macam ni.

Setelah sedikit perbincangan dijalankan,kita mahu menjadikan PBB ini sebagai satu jenama yang disegani dan digeruni masyarakat seluruh dunia.
ya,ini mungkin pungpang..tapi awas!
barangkali ini bukanlah pungpangan kosong memandangkan beberapa langkah awal dan drastik telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
jadi,sama-samalah kita berganding bahu menjayakan misi ini.
kerjasama tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

eh

tak habis lagi.

ada beberapa projek yang sedang diusulkan sempena penjenamaan semula PBB.
diharapkan agar semua ahli PBB dapat memberi kerjasama yang sewajarnya demi mencapai misi* yang ditetapkan.
walaupun NPGK jarang-jarang nak nampak,dia masih ada bersama kita.

diharapkan agar PBB bukanlah sekadar perindustrian pungpangan yang akan dikeji dan dipandang serong masyarakat.

.
.
.


ok
dah
babai.

selamat pagi cikgu!

Assalamualaikum...

saya sebagai Miss President yang telah dilantik secara paksa rela oleh mereka-mereka yang berkenaan semenjak wujudnya persatuan ini beberapa ketika dulu walaupon blog saya sudah berkurun tidak di update merasmikan blog Perindustrian Blogger-Blogger Bersatu.Amin.

huahuahuahua..best tak ucapan gua?

ok-ok.dah.jangan nak main-main.kita ada mission penting kat sini.

oleh yang demikian,semoga apa yang kita rancangkan untuk menaikkan nama dan mengelurkan produk sendiri atas nama PBB berjaya.ya,usaha tangga kejayaan walaupon semua dah guna lif sekarang.ADA AKU KISAH?hahaha.

ahli-ahli dan AJK-AJK yang juga telah dilantik secara rela mahupon paksaan.sila beri kerjasama.

sesiapa yang berkenaan.sila kemukakan projek pertama kita yang telah di rancangkan.

sekian.
Miss Pres.
Budak Hijau.
 

blogger templates | Make Money Online